Friday, April 24, 2009

Prihatin...

inile dy sikit sbyk ttg Rumah Pengasih Warga Prihatin atau nme lennye, Rumah Pengasih Dato Dr Ujang Bagong J.P

rumah2

Prihatin merupakan sebuah yayasan kebajikan yang didanai dan sidokong oleh 20 buah keluarga. Kesemuanya berkongsi visi serta misi yang sama dalam membina sebuah generasi akan datang yang gemilang berlandaskan resipi Al-Quran & As-Sunnah. Di Prihatin, falsafahnya mudah, ilmu pasti disertai dengan amal. Sebagaimana RasulAllah menerima wahyu, lantas dilaksanakan serta merta sehinggalah berhentinya turun wahyu apabila baginda hendak wafat.

Menyedari bahawa kegawatan akhlak sejagat yang berkiblatkan rap, hip hop dan budaya hitam acuan barat, anak-anak kita seperti terombang ambing tak tentu hala tuju. Beragama tetapi seakan tidak bertuhan. Ini disebabkan longgarnya perlaksanaan kepada Al-quran walaupun sebahagian besarnya masih lagi memegang pada takwim ritual solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain. PRIHATIN berpendirian bahawa dunia kini dan nasib anak-anak pada masa akan datang boleh diperbaiki jika ia bermula sekarang. Setiap keluarga dijadikan 1 model kepimpinan paling asas iaitu Ayah, Ibu dan Anak. Ramai yang berdegar-degar mahu mentadbir dunia, padahal keluarga sendiri porak peranda.

Rumah Pengasih Warga Prihatin kini berdiri dengan kawasan seluas suku ekar di Sg. Ramal baru merupakan platform penzahiran 20 unit keluarga penaungnya. Penaung pula tidak terdiri dari jutawan-jutawan atau ahli perniagaan besar yang bergelar, bahkan kebanyakan mereka tergolong dalam golongan asnaf. Di sini, anak-anak digaulkan bersama untuk membentuk peribadi dan sikap rendah diri. Yang kaya merasa sedar dirinya sama seperti yang miskin, si miskin sedar mereka boleh berjaya seperti yang kaya.

Rumah Pengasih Warga Prihatin secara konsepnya telah dilahirkan lebih dari 10 tahun yang lalu, tetapi sarana fizikalnya hanya baru dibina sekitar 2 tahun yang lepas. Lebih unik, rumah cantuman bahan-bahan terbuang ini mampu berdiri tegak bahkan lebih kuat dari struktur kongrit dengan aplikasi ilmu-ilmu Al-Quran yang terbiar. Manakala ahli rumahnya pula, diperkuat sahsiah dan siasahnya melalui enapan perlaksanaan Al-Quran tersebut. Lebih bererti lagi apabila kompleks ini dibina 100% menggunakan tenaga tulang empat kerat keluarga yang 20 ini. Tanpa bantuan kerajaan ataupun badan swasta, rumah ini terus membangun dari hari ke hari. Bukan sekadar membangun sarananya, tetapi aqidah penghuni-penghuninya.

Itulah sebahagian kecil tentang konsep Rumah Pengasih Warga Prihatin. Telusuri dan bookmark laman web ini kerana akan sentiasa ada kemaskini dari masa ke masa tentang apa yang diperolehi dari Rumah Pengasih Warga Prihatin.

0 comments: